Kini dengan dunia teknologi yang semakin berkembang dan juga trend internet yang ibarat sudah menjadi keperluan bagi sesetengah individu begitu juga dengan perkembangan online bisnes di malaysia.Kini telah muncul muka-muka yang telah gah di dalam arena perniagaan online.Anda sendiri boleh lihat di blog-blog atau web- web popular dan sesetangah daripada mereka pernah menjadi topik akhbar dan majalah tempatan.

Namun,tidak dapat dinafikan masih ada yang ragu-ragu dengan pembelian melalui online.Ini mengikut persepsi dan pandangan masing2.Bank-bank tempatan juga turut mencebur dalam menyediakan sistem “online payment” yang menghangatkan lagi perkembangan bisnes online di Malaysia.Antara sistem pembayaran popular yang menjadi pilihan pengguna ialah maybank2u dan cimbclicks.Pembelian online ini biasanya didorong oleh kemahuan terhadap barangan yang tidak terdapat di kedai2 berhampiran samada barang tersebut sukar diperolehi di pasaran tempatan atau “rare”.Satu lagi sebab ialah murah.Ini memang tidak dinafikan.

Peniaga menggunakan internet adalah untuk meluaskan pasaran mereka.Jika dulu pelanggan mereka hanya daripada sekitar 10km kini capaian pelanggan mereka sudah sampai ke satu malaysia bahkan ke satu dunia.Ini adalah satu kelebihan bagi para peniaga.Namun begitu harus diingat bahawa ada juga sesetengah manusia yang sanggup memakan duit haram dengan kerja menipu di internet.Bagi pengguna yang masih baru dengan perniagaan di internet sentiasa berhati- hati agar tidak mudah terpedaya dengan manusia yang tidak bertanggungjawab begini.Disini saya kongsikan beberapa tips untuk renungan dan panduan.

Tips bagi menjalankan urusan jual beli secara online

  • Cuba mengenal penjual anda dengan lebih rapat dan kalau boleh cuba dapatkan no telefon.
  • Untuk langkah keselamatan,cuba elakkan pembelian melebihi RM100 terutamanya bagi penjual individu(bukan syarikat)
  • Bagi barangan lebih RM100,lebih disarankan COD (cash on delivery).Sekurangnya-kurangnya kita tahu dimana barangan yang kita mahukan itu ada.
  • Bandingkan harga pasaran biasa dengan harga yang ditawarkan.Jika barang tersebut terlalu murah lebih baik berhati-hati.
  • Tanya kepada penjual apa sahaja yang anda ingin tahu tentang produk yang anda bercadang untuk beli agar jelas dan puas hati.

Ini adalah antara tips-tips yang dapat dikongsikan.Bagi pelawat yang mempunyai tips untuk dikongsikan boleh tinggalkan komen pada entri ini.Sesiapa yang mempunyai pengalaman tertipu sebagai penjual atau pembeli juga boleh dikongsikan bagi memberi pendedahan tentang taktik kotor manusia tak bertanggungjwab ini.

Perniagaan online ini sangat bagus cuma perlu berhati-hati dan tahu caranya.Semuanya dengan pengalaman samada anda lalui sendiri atau melalui perkongsian.Bagi yang berpengalaman kongsi-kongsikanlah.

Harta habis jika dikongsi,ilmu dan pengalaman semakin banyak jika dikongsi.